Kebaikan dan Keburukan Internet
Kebaikan Internet
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan
hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had
masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi
juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com,
search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk
mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin
carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya
digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform
untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang
tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail
telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya
amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks,
penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil
melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya
amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata
dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan
hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak
langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga
kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan
misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan
telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang
ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over
internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah
berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat
dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh
dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan
menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu
lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah
menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan
berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar
mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk
mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah
malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh
pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate
dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah
syarikat atau orang perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh
didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie
secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang
menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com.
Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main
secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk
dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga
berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti
yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan
internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas
talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu
menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas
talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan
kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut
secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di
perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti
syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan
menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna.
Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para
pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa
memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan
seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket
penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita
perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut
tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima
itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi
impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan
yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan
diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah
ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu.
Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu
maklumat tersebut.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber
yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan
sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu
pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini
untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data
selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara
menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan
komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah
komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian
yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem
komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan
yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai
ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang
tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah
di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang
di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering
Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak
mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang
di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat
peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university,
jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di
dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah
di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan
data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap
keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya
terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang
tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang
diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook,
terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan
juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat
access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti
pekerja terhadap kerja mereka.
No comments:
Post a Comment